Singapura lapor 13,208 kes baharu Covid-19

Iklan
Singapura melaporkan 13,208 kes baharu akibat jangkitan Covid-19 pada Jumaat, peningkatan tiga kali ganda berbanding Khamis. - Gambar hiasan

SINGAPURA - Singapura melaporkan 13,208 kes baharu akibat jangkitan Covid-19 pada Jumaat, peningkatan tiga kali ganda berbanding Khamis.

Republik itu juga melaporkan enam kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menurut data Kementerian Kesihatan (MOH) yang diterbitkan menerusi laman webnya.

Iklan
Iklan

Sepanjang 28 hari lepas, data menunjukkan bahawa 85,357 orang telah dijangkiti virus berkenaan dengan 99.7 peratus tidak menunjukkan sebarang gejala atau hanya simptom tidak ketara.

Daripada jumlah itu, 0.3 peratus memerlukan bantuan oksigen dan sokongan dan 0.04 peratus ditempatkan di unit rawatan rapi.

Iklan

Kadar jangkitan mingguan di Singapura berada pada 1.39 pada Jumaat, meningkat daripada 1.23 pada Khamis.

Jumlah kes akibat Covid-19 kini mencecah 379,681 dengan 866 kematian.

Iklan

Sehingga 3 Februari, 89 peratus penduduknya telah lengkap divaksin atau menerima dua dos vaksin Covid-19 dan 59 peratus telah menerima suntikan penggalak. - Bernama