Tiada petunjuk dakwaan penceroboh bersenjata masuk Lahad Datu: Polis
Iklan
LAHAD DATU - Tiada sebarang petunjuk ditemukan berhubung dakwaan sekumpulan lelaki bersenjata warga asing menyusup masuk ke Lahad Datu melalui perairan Long Patau, Tambisan pada 28 Januari lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah.
Beliau berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah serta Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) telah menjalankan tindakan dari sudut risikan dan penyiasatan berkaitan perkara itu.