Tiga lelaki dipercayai anggota militan maut berbalas tembakan

Iklan
Gambar Hiasan

SONGKHLA - Tiga lelaki yang dipercayai anggota militan maut dalam satu insiden berbalas tembakan di Chana, Songkhla pada Khamis.

Jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4, Pol Kol Kiattisak Neewong berkata, bertindak atas maklumat, pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah dipercayai tempat bersembunyi empat lelaki yang mempunyai beberapa waran tangkap, kira-kira 5 pagi (waktu tempatan) pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Pasukan keselamatan telah menasihatkan mereka menyerah diri melalui ahli keluarga dan guru agama tetapi mereka terus melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan dan cuba meloloskan diri.

"Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan menemui mayat mangsa di tempat kejadian. Selain itu, beberapa laras senjata api dipercayai dimiliki suspek turut ditemui di tempat kejadian,” katanya.

Iklan

Beliau menambah bahawa seorang lagi suspek berjaya meloloskan diri dan dipercayai bersembunyi di kawasan berdekatan. - Bernama

Iklan