Pandu lawan arus kerana tiada lesen
Iklan
Kereta jenis Proton Wira yang dipandu suspek.
PORT DICKSON - Gara-gara takut dikenakan tindakan kerana memandu tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh, seorang lelaki bertindak memandu secara melawan arus sebelum berjaya ditahan di tepi jalan Taman Sentosa, Lukut di sini pada Selasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, polis telah mengarahkan kereta jenis Proton Wira yang dipandu suspek berusia 25 tahun itu untuk berhenti selepas dilihat mencurigakan di Kilometer 15 Jalan Seremban-Port Dickson.
Iklan
Iklan
"Unit Peronda Lebuhraya Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Bukit Aman yang membuat penugasan Op Selamat telah mengarahkan suspek berhenti bagi tujuan pemeriksaan kerana semakan melalui sistem M-Cops mendapati cukai jalan kenderaan dipandu tamat tempoh.
"Namun suspek enggan memberi kerjasama dan melarikan diri menghala susur keluar ke Lukut dengan memandu secara melawan arus sebelum berjaya ditahan di tepi jalan Taman Sentosa, Lukut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Iklan
Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati suspek yang membawa isteri dan tiga anak dari Kedah mengaku melarikan diri kerana kerana tiada lesen memandu serta cukai jalan tamat tempoh.
Katanya, ujian saringan air kencing terhadap suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai lapan rekod kes jenayah lampau.
Iklan
"Polis telah mengeluarkan saman atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan tiada lesen memandu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya," katanya.
Detik menyayat hati menyelubungi tragedi dua beranak yang maut akibat lemas di Pantai Kampung Punggai, Pengerang, apabila tangan bapa dilaporkan masih erat memegang kaki anak sulungnya ketika ditemui, lapor wartawan Sinar Harian, Taufik Salimin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Ahad itu, pengusaha bengkel kereta, Mohammad Nizam Zainal, 33, bersama anaknya, Muhammad Zamri Mikhail, 8, dilaporkan mandi-manda di pantai berkenaan sebelum dihanyutkan ombak besar kira-kira 10 minit kemudian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794253/berita/semasa/dua-beranak-lemas-tangan-bapa-masih-pegang-erat-kaki-anak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.