Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak meninggal dunia
Iklan
Allahyarham Tun Abang Muhammad Salahuddin
KUCHING - [DIKEMAS KINI] Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, 100, meninggal dunia pada 11.47 malam ini di Pusat Perubatan Normah di sini akibat sakit tua.
Perkara itu disahkan oleh menantu Allahyarham, Wan Ibrahim Omar kepada Bernama.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang namun waktunya belum diputuskan.
Tun Salahuddin, yang lahir pada 27 Ogos 1921, menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014.
Iklan
Allahyarham merupakan individu pertama yang berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali.
Pada 2000, Tun Salahuddin menjadi pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak kerana penyandang jawatan itu, Tun Ahmad Zaidi Adruce tidak dapat menjalankan tugas kerana jatuh sakit.
Iklan
Tun Ahmad Zaidi meninggal dunia pada Disember 2000 yang menyaksikan Tun Salahuddin dilantik semula secara tetap ke jawatan itu pada Februari 2001 dengan penggalnya berakhir secara rasmi pada 28 Februaru 2014.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pemandu BYD didakwa pandu berbahaya sebabkan kematian adik Asiah"><meta itemprop="description" content="Pemandu BYD didakwa pandu berbahaya sebabkan kematian adik Asiah
Pemandu kereta BYD Seal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis atas tiga pertuduhan, termasuk memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Sabtu minggu lalu.
Pegawai bank, Raeven Goh Wey Haur, 24, yang memakai baju-T berwarna hijau, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Aliaa Anwar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800530/berita/semasa/pemandu-byd-didakwa-pandu-berbahaya-sebabkan-kematian-adik-asiah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Asiah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T04:26:25.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P105S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnjpoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnjpoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnjpoq"></script>