Mara ke final pencapaian menakjubkan!

Iklan
Danielle Collins

BINTANG tenis Amerika Syarikat Danielle Collins menyifatkan kejayaannya mara ke final Terbuka Australia kali ini sebagai sesuatu yang menakjubkan.

Menurutnya, kejayaan mara ke final berkenaan sekali gus membuka peluang untuknya merangkul gelaran Grand Slam pertamanya dalam kariernya selaku pemain tenis.

Iklan
Iklan

"Bagi saya kejayaan ke final adalah satu pencapaian yang sangat menakjubkan dalam karier saya sebagai seorang pemain tenis.

"Bagaimanapun secara keseluruhannya perjalanan saya untuk ke peringkat ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Iklan

"Terlalu banyak rintangan yang perlu saya tempuhi dan kini saya bakal beraksi di pentas final dan saya akan cuba sedaya upaya untuk muncul juara,” katanya.

Untuk rekod, Collins yang juga pemain ranking ke-30 dunia menewaskan pemain ranking kesembilan itu 6-4, 6-1 bagi menempah pertemuan dengan pemain nombor satu dunia dari Australia, Ashley Barty pada Sabtu.

Iklan

Mengulas mengenai pertemuan berkenaan, Collins berkata, dia menjangkakan tentangan sengit daripada Barty.

Malah katanya, Barty juga dijangka akan beraksi sebaik mungkin di depan penyokong sendiri pada aksi final berkenaan.

"Saya memang menjangkakan tentangan sengit daripada Barty. Saya tahu perkara ini.

"Namun, seperti yang saya katakan tadi, saya akan cuba sedaya upaya untuk bergelar juara kali ini,” katanya.