KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi pada Selasa menaikkan hukuman penjara terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif Transmile, Gan Boon Aun kepada 24 bulan, sekali gus membenarkan rayuan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terhadap hukuman penjara satu hari yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.
Mahkamah Tinggi juga mengekalkan denda awal sebanyak RM2.5 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen pada 27 Ogos 2020, kata SC dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Selasa.