Lagi 162 varian Omicron dikesan

Iklan
Sebanyak 162 kes positif Covid-19 bagi tempoh 23 hingga 25 Januari disahkan varian Omicron.(Gambar hiasan) - Foto 123rf

PUTRAJAYA - Sebanyak 162 kes positif Covid-19 bagi tempoh 23 hingga 25 Januari disahkan varian Omicron.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya memaklumkan, sehingga kini sebanyak 601 kes Omicron dikesan di negara ini.

Iklan
Iklan

Di Selangor, terdapat 58 kes Omicron dikenalpasti diikuti Kuala Lumpur (39), Negeri Sembilan (10), Kelantan (10), Johor (lapan) Pahang (enam) dan Perak (lima) serta Pulau Pinang (empat).

Masing-masing dua kes di Melaka, Perlis dan Sabah manakala satu kes Omicron di Terengganu serta Putrajaya.

Iklan

Menurutnya, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian berkepentingan (VOI) adalah 7,056 kes.

"Secara keseluruhan, sebanyak 6,188 varian Delta, 233 Beta dan 14 Alpha telah dikesan KKM," katanya.

Iklan