PKR serah keputusan kepada Parlimen: Saifuddin
Iklan
Saifuddin (tengah) bersama pimpinan PKR Perak dan ketua-ketua cabang selepas mengadakan pertemuan, hari ini.
IPOH - PKR menyerahkan sepenuhnya kepada Parlimen untuk menentukan kedudukan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selepas beliau menyertai Bersatu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelantikan pengerusi PAC adalah di bawah bidang kuasa Parlimen.
Iklan
Iklan
Katanya, dalam manifesto PH yang lalu, memang telah menetapkan bahawa Pengerusi PAC mesti dilantik dalam kalangan pembangkang dan kerajaan telah melaksanakannya.
"Saya pulangkan kepada Parlimen sebab pelantikan PAC itu di bawah bidang kuasa Parlimen. Pendirian PKR, setakat atau pada saat Ronald dilantik, PH telah memenuhi janji itu.
Iklan
"Setakat ini belum ada perbincangan lanjut dibuat mengenainya di peringkat parti kerana tumpuan PKR kini terarah kepada PRK kawasan DUN Rantau," katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR Perak di Hotel Tower Regecy, di sini.
Iklan
Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Pengerusi PKR Perak, MA Tinagaran dan beberapa pimpinan PKR Perak.
Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Ronald kekal menjadi Pengerusi PAC biarpun menyertai Bersatu.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, PKR sudah bersiap sedia untuk berdepan PRK DUN Rantau dan akan membuat majlis pengumuman calon esok.
Katanya, pengumuman itu dibuat lebih awal walaupun penamaan calon dalam tempoh dua minggu bagi membolehkan gerak kerja awal dibuat.
Beliau berkata, PKR optimis mempunyai peluang untuk menang biarpun berdepan dengan pelbagai kesukaran.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>