[VIDEO] Ahmad Zahid tidak layak terima imuniti: Hakim
Iklan
Ahmad Zahid tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi keputusan kes 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi, pada Isnin.
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, menolak hujahan pembelaan bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu menerima imuniti pendakwaan mahkamah.
Ketika memutuskan perkara itu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, mahkamah mendapati tiada merit dalam pertikaian bahawa Ahmad Zahid selaku tertuduh, layak untuk menerima kelebihan tersebut.
Iklan
Iklan
"Dalam keputusan di akhir pendakwaan, hujahan pembelaan bahawa tertuduh perlu diberi imuniti pendakwaan mahkamah, adalah tidak bermerit,” katanya.
Hakim Collin berkata demikian, susulan hujahan yang dibangkitkan peguam Hisyam Teh Poh Teik pada 6 September tahun lalu, menyatakan anak guamnya menuntut imuniti daripada pendakwaan mengikut Seksyen 30 (7) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Iklan
Ini kerana Hisyam berkata, Ahmad Zahid sepatutnya menerima kekebalan, selepas mendedahkan maklumat berkaitan transaksi Yayasan Akalbudi dalam dua pernyataan pada 2 dan 3 Julai 2018.
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam satu daripada pernyataan berkenaan, Hisyam berkata, Ahmad Zahid mempunyai kekebalan terhadap 46 daripada 47 pertuduhan atau dengan kata lain, tertuduh tidak boleh didakwa.
Iklan
Peruntukan dimansuhkan pada 1 Oktober 2018 menyatakan bahawa, sesiapa yang mendedahkan maklumat atau mengemukakan sebarang dokumen kepada pihak berkuasa, tidak akan didakwa.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran menyatakan, Ahmad Zahid tidak kebal daripada didakwa hanya kerana mendedahkan maklumat berkaitan Yayasan Akalbudi, yang dijalankan keluarganya.
Menurutnya, tuntutan tertuduh untuk kekebalan tidak boleh didengar oleh mahkamah kerana ia tidak mempunyai kuasa untuk mengetepikan pertuduhan berdasarkan kekebalan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jangan jadikan peruntukan sebagai tebusan politik – Amira" /><meta itemprop="description" content="Jangan jadikan peruntukan sebagai tebusan politik – Amira
BERITA SEMASA 6 MEI 2024
Pemangku Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd Aziz mempersoalkan tindakan kerajaan meletakkan pelbagai syarat bagi membolehkan Ahli Parlimen mendapatkan peruntukkan mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin
Beliau berkata demikian ketika sidang media di mahkamah selepas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 23 April lalu, berhubung tindakan pemberhentian peruntukan RM4 juta untuk Parlimen Muar, tahun ini.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPA #peruntukan #tebusanpolitik
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar" /><meta itemprop="description" content="Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
BERITA SEMASA 6 MEI 2024
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memfailkan permohonan semakan kehakiman berhubung dakwaan kerajaan menghentikan peruntukan dana lebih RM4 juta bagi tujuan perbelanjaan kebajikan rakyat di kawasannya.
Permohonan itu difailkan Syed Saddiq yang juga bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bersama tiga pengundi di Parlimen itu terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi, pada 23 April lalu.
Syed Saddiq berkata, dana itu dibatalkan selepas MUDA menarik sokongan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663139/berita/semasa/syed-saddiq-fail-semakan-tindakan-pm-kerajaan-henti-peruntukan-untuk-muar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #ParlimenMuar #SyedSaddiq #Mahkamah" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-06T07:41:42.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/WFbi81cE8gAq88tyA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P73S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8y2lfs" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8y2lfs"></script>