Veteran angkatan tentera perlu bantuan lampin pakai buang

Iklan
Sharuddin (tengah) ketika sidang akhbar di Wisma Pahlawan pada Khamis.

KUALA LUMPUR – Persatuan Veteren Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) memerlukan bantuan pembelian lampin pakai buang untuk kegunaan ahli persatuan berkenaan yang sakit dan uzur.

Presidennya, Datuk Sharuddin Omar berkata, seramai 500 ahli persatuan tersebut memerlukan bantuan berkenaan di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, setakat ini, PVATM mampu membekal lampin pakai buang kepada 172 veterannya dengan purata tiga helai setiap hari.

"Kita sudah membelanjakan RM272,000 untuk pembelian lampin pakai buang dan berharap ramai lagi dermawan akan menyumbang bagi meringankan beban mereka,” katanya ketika sidang akhbar di Wisma Pahlawan di sini pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, Sharuddin berkata, PVATM sedang mengesan pusara anggota tentera yang terkorban dalam peperangan.

Menurut beliau, tujuan utama adalah untuk memulihara pusara berkenaan bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.

Iklan

"Peperangan itu termasuklah zaman negara berdepan dengan ancaman komunis, darurat dan konfrontasi Indonesia.

"PVATM setakat ini telah mengesan sebanyak 18 pusara anggota tentera yang terkorban semasa mempertahankan tanah air.

"Mengikut rekod jumlah keseluruhan anggota tentera yang gugur di medan perang lebih 2,500 orang dan kami sedang cuba mengesan pusara mereka,” ujarnya.

Kata Sharuddin lagi, komuniti di kawasan yang pernah berlaku pertempuran peperangan pasti tahu kisah mereka termasuk waris anggota yang terkorban.

"Sesiapa yang ada maklumat boleh memaklumkan kepada kami. Jasa dan kisah mereka perlu dikenang oleh generasi sekarang,” katanya.