Kediaman Najib lengang, polis kekal kawalan keselamatan

Iklan
Beberapa pengamal media yang berada di sekitar kediaman Najib di Jalan Langgak Duta.

KUALA LUMPUR - Keadaan di luar kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta di sini kekal tenang tanpa sebarang perkembangan terkini pada Selasa.

Tinjauan mendapati tiada mana-mana individu yang berada di sekitar kediaman ini selain pihak polis dan petugas media.

Iklan
Iklan

Turut kelihatan beberapa pengamal media yang berada di sekitar kediaman ini dipercayai sejak awal pagi bagi menunggu sebarang maklumat lanjut berhubung status bekas Perdana Menteri itu.

Sinar Harian yang turut berada di lokasi ini mendapati beberapa anggota polis bersama sebuah balai polis bergerak ditempatkan di pagar luar kediaman terbabit.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis masih mengekalkan tahap kawalan keselamatan sedia ada di kediaman bekas Perdana Menteri it

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penugasan anggota polis di kawasan berkenaan masih kekal seperti yang diumumkan pada Ahad.

Iklan

Keadaan di luar kediaman Najib di Jalan Langgak Duta.

Sebelum ini, empat pegawai Jabatan Penjara telah hadir ke kediaman di Langgak Duta bagi menjalankan pemeriksaan dan penilaian.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) tahanan rumah Najib akan memperincikan, antara lain aspek lawatan, kawalan dan pemantauan pergerakan bekas Perdana Menteri itu selepas surat rasmi berkaitan diterima.

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 atas sabitan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.