United mungkin terus gunakan formasi 4-3-3
Iklan
United bakal mempertaruhkan barisan terbaik berdepan Brentford. - Foto Getty Images
PENGENDALI interim Manchester United, Ralf Rangnick menegaskan dia mungkin akan meneruskan formasi 4-3-3 bagi berdepan Brentford di Stadium Komuniti Brentford pada Khamis.
Menurut Rangnick formasi berkenaan dilihat nyata bersesuaian dengan corak permainan skuad The Red Devils itu terutamanya apabila terikat 2-2 ketika berdepan Aston Villa, baru-baru ini.
Iklan
Iklan
"Formasi ini kelihatan berkesan ketika kita menentang Villa yang turut menyaksikan pemain tonggak, Cristiano Ronaldo tidak beraksi kerana cedera.
"Bagaimanapun, formasi tersebut (4-3-3) nyata berkesan dan kita berkemungkinan akan terus menggunakan formasi ini pada perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya.
Iklan
Pada aksi berdepan Villa, skuad The Red Devils itu berjaya mendahului 2 gol hasil jaringan Bruno Fernandes.
Bagaimanapun, kelebihan itu gagal dipertahankan dan menyaksikan Villa menjaringkan dua gol menerusi Jacob Ramsey dan Phillippe Coutinho pada penghujung perlawanan untuk kedua-dua pasukan berkongsi mata.
Iklan
Mengulas lanjut, Rangnick mengharapkan agar kesebelasan pemain yang bakal beraksi kelak dapat membantu menghasilkan kejayaan buat United.
Katanya, kemenanangan ke atas Brentford bakal menyaksikan United memperbaiki kedudukan dengan berpeluang naik ke tangga kelima.
"Kita sememangnya mengharapkan kemenangan pada perlawanan ini dan mengikut perkiraan, United akan berada pada kedudukan kelima sekiranya menang.
‘Lagi pun, kita perlu pastikan United kembali ke landasan kemenangan setelah hanya meraih satu kemenangan dalam empat perlawanan terdahulu,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>