Pas sedia hadapi PRN Johor

Iklan
Abdul Hadi

MARANG - Pas memberikan gambaran bersedia untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Perkara itu disahkan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Abdul Hadi bagaimanapun berkata, buat masa ini Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat serta belum menetapkan sebarang strategi yang akan digunakan.

Menurutnya, Pas menganggap spekulasi PRN sebagai khabar angin malah belum membincangkan pergolakan politik yang berlaku di Johor.

Iklan

"Pas akan bertanding, kalau di PRN Sarawak pun kita bertanding, apa lagi di Johor yang dekat.

"Tetapi macam mana cara bertanding, kita akan lihat dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Iklan

Khabar angin mulai tersebar mendakwa PRN Johor akan diadakan dalam tempoh terdekat selepas kerajaan negeri kini hanya mempunyai majoriti kelebihan satu kerusi iaitu 28 berbanding pembangkang 27.