Premis kerajaan digalak mohon FC
Iklan
Azmi
IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyasarkan lebih banyak bangunan kerajaan di negeri ini memiliki Sijil Perakuan Bomba (FC) bagi memastikan premis berkeadaan baik dan selamat diduduki.
Pengarahnya, Azmi Osman berkata, setakat ini hanya 40 peratus daripada keseluruhan bangunan kerajaan mempunyai FC.
Iklan
Iklan
"Bukan menghukum tetapi ini sebahagian daripada tanggungjawab ketua-ketua jabatan untuk pastikan ruangan pejabat kerajaan bebas daripada unsur-unsur bahaya kebakaran,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Hormat Pengarah JBPM Perak baharu di JBPM Perak, Meru Raya di sini.
Iklan
Turut sama, Timbalan Pengarah JBPM Perak baharu, Mohd Zaki Omar.
Menurutnya, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua jabatan kerajaan secara berperingkat bagi membincangkan perkara itu.
Iklan
"Ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini sekaligus mengelakkan kerajaan daripada menanggung kerugian,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>