Individu palsu sijil vaksin Covid-19 perlu dikenakan hukuman maksimum

Iklan
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Sidang Media Khas sempena Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 di Wisma Pertahanan pada Selasa. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Individu yang terlibat dalam pemalsuan sijil vaksinasi Covid-19 perlu dikenakan hukuman maksimum kerana tindakan itu bukan hanya mendatangkan bahaya kepada diri sendiri malah terhadap individu lain yang tidak berdosa.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau meminta pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci dalam kes berkenaan dan membawa semua yang terlibat ke muka pengadilan.

Iklan
Iklan

"Ini sesuatu yang susah saya hendak terima dan maafkan kerana ia menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang ramai yang tidak berdosa.

''Saya mahu penguatkuasaan undang-undang sepenuhnya ke atas mereka dan saya mahu pastikan mereka sedar ada had bila tiba tentang keuntungan yang menjejaskan kehidupan orang ramai," katanya.

Iklan
Iklan

Hishammuddin berkata, hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap individu yang menjual dan membeli sijil vaksinasi palsu bagi mencegah kegiatan sedemikian daripada merebak. - Bernama