SEREMBAN- Banjir di Negeri Sembilan pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir di Dewan Orang Ramai Kampung Puom, Jelebu ditutup pada Jumaat.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA), Mohd Syukri Madnor berkata, setakat Jumaat, PPS itu menempatkan enam individu daripada dua keluarga iaitu merupakan mangsa yang kehilangan rumah akibat banjir yang melanda 18 Disember lepas.