Program Dermasiswa Pendidikan Prihatin palsu: JPA

Iklan
Program Dermasiswa Pendidikan Prihatin adalah palsu.

PUTRAJAYA - Program Dermasiswa Pendidikan Prihatin bagi program asasi diploma dan ijazah bidang perdagangan, logistik, maritim serta penguatkuasaan seperti disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) adalah palsu.

Ia disahkan palsu oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Twitter pada Rabu.

Iklan
Iklan

JPA turut memuat naik tangkap layar tersebut yang menyatakan tawaran itu terhad kepada 50 pelajar dan perlu hadir ke UTC Kedah.