Panama serah suspek pembunuhan Presiden Haiti kepada AS
Iklan
PANAMA - Pihak berkuasa Panama pada Selasa menyerahkan kepada Amerika Syarikat seorang bekas anggota tentera Colombia yang disyaki terbabit dalam pembunuhan Presiden Haiti, Jovenel Moise di Port-au-Prince pada 7 Julai, menurut Perkhidmatan Imigresen Nasional Panama.
Mario Antonio Palacios telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen, Panama City pada Isnin, ketika penerbangannya dari Jamaica ke Colombia membuat persinggahan.