Projek Balai Bomba Kampung Gajah ditender semula
Iklan
IPOH - Projek pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah telah ditender semula oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) setelah dibatalkan oleh kerajaan, Jun lalu.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong berkata, tender semula projek itu dijalankan pada 24 Oktober lalu bagi meneruskan pembinaan balai berkenaan.