Ikan berterabur atas jalan

Iklan
Sebuah lori membawa muatan pelbagai jenis ikan terbabas di bahu jalan dari Hutan Melintang menghala ke Kampung Kota di sini pada Rabu.

BAGAN DATUK – Sebuah lori membawa muatan pelbagai jenis ikan terbabas di bahu jalan dari Hutan Melintang menghala ke Kampung Kota di sini pada Rabu.

Kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu menyebabkan muatan ikan dibawa lori jenis Isuzu berkenaan bertaburan di atas jalan raya sehingga berisiko membahayakan pengguna jalan raya lain.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azroisan Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, jentera tiba di lokasi pada jam 6.52 petang dan anggota mendapati pemandu lori yang mengalami kecederaan ringan telah keluar dari kenderaan sebelum kerja-kerja pembersihan dijalankan bagi memastikan keadaan jalan kembali selamat.

Iklan

Kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu menyebabkan muatan ikan dibawa lori jenis Isuzu berkenaan bertaburan di atas jalan raya sehingga berisiko membahayakan pengguna jalan raya lain.

"Pasukan operasi menggunakan dua aliran hos salur bantu mula daripada air tangki jentera bagi membersihkan permukaan jalan yang dipenuhi ikan.

Iklan

"Kerja-kerja pembersihan dilakukan sehingga keadaan jalan kembali bersih dan selamat untuk dilalui kenderaan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pasukan operasi menggunakan dua aliran hos salur bantu mula daripada air tangki jentera bagi membersihkan permukaan jalan yang dipenuhi ikan.

Mohd Azroisan berkata, operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada jam 8.20 malam selepas pihaknya memastikan keadaan di lokasi terkawal dan tiada lagi risiko kepada pengguna jalan raya.

Anggota dari BBP Hutan Melintang membantu membersihkan jalan yang dipenuhi ikan bagi memastikan ia selamat dilalui pengguna jalan raya.

Beliau turut menasihati orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju ditetapkan ketika memandu, khususnya di laluan utama.