Amaran hujan berterusan di lima negeri ditamatkan

Iklan
Amaran hujan berterusan dikeluarkan MetMalaysia untuk lima negeri iaitu Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada Isnin, kini ditamatkan susulan cuaca dijangka bertambah baik. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk lima negeri pada Isnin, kini ditamatkan susulan cuaca dijangka bertambah baik.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, negeri-negeri terlibat adalah Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Iklan
Iklan

Menurut MetMalaysia, amaran hujan berterusan (waspada) bagaimanapun masih berkuat kuasa bagi lima kawasan di Sabah sehingga Selasa iaitu di Telupid, Kinabatangan, Beluaran, Sandakan serta Kudat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

Iklan
Iklan

Mereka juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut. - Bernama