MoF nafi caj perkhidmatan QR bermula 1 November ini

Iklan
Hantaran Facebook MoF pada Ahad.

SHAH ALAM - Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan caj perkhidmatan kod respons pantas (QR) bermula 1 November ini seperti mana yang tular di media sosial ketika ini.

Menerusi satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan, maklumat tersebut adalah palsu.

Iklan
Iklan

"Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster berkenaan.

"Orang ramai disaran untuk sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat," kata kenyataan itu pada Ahad.

Iklan

Sebelum itu, tular sekeping poster palsu yang tular menggunakan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai visual utama bersama tajuk 'Berita utama hari ini, QR mulakan caj perhidmatan 1 November ini'.

 

Iklan