KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Terengganu iaitu di Dungun dan Kemaman berkurangan kepada 165 orang berbanding 451 mangsa yang direkodkan pada pagi Sabtu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, sehingga jam 4 petang, sebanyak 49 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah berkenaan.