Malaysia kutuk serangan ke atas Jazan, Arab Saudi
Iklan
PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh pemberontak Houthi ke atas Jazan, Arab Saudi pada 24 Disember yang mengakibatkan kematian dan kecederaan, serta kemusnahan harta benda.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, Malaysia menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada mereka yang terjejas akibat serangan itu.