Banjir: Penggantian percuma sijil nikah, cerai dan rujuk di Pahang

Iklan
Wan Rosdy Wan Ismail

TEMERLOH - Mangsa banjir di negeri ini boleh mendapatkan semula sijil nikah, cerai dan rujuk yang musnah akibat banjir secara percuma dalam tempoh dua bulan bermula 3 Januari tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) membolehkan terus berurusan dengan 14 buah Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) dalam tempoh tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dianggarkan sebanyak 10,000 keluarga Islam terlibat dalam bencana banjir di negeri ini.

"Sebelum ini, caj bayaran bagi carian dan salinan bagi satu dokumen terbabit pada situasi biasa ialah RM20.

Iklan

"Penggantian secara percuma dianggarkan melibatkan sejumlah 8,000 sijil nikah, 1,500 sijil cerai dan 500 sijil rujuk di seluruh daerah yang terlibat dengan bencana banjir," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh di sini pada Rabu.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri,Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Iklan

Wan Rosdy turut memaklumkan kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM200,000 untuk membantu mangsa yang kehilangan dokumen berkenaan.

Beliau juga berharap inisiatif berkenaan dapat meringankan sedikit lagi beban mangsa.

"Mangsa boleh terus datang ke Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing tanpa perlu membuat sebarang temu janji," jelasnya.