KUALA LUMPUR - Atas dasar prihatin, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi penangguhan bayaran cukai terhadap pembayar cukai dan majikan yang terjejas akibat bencana banjir.
Dalam kenyataan pada Selasa, LHDN memaklumkan susulan penangguhan itu tarikh akhir bayaran Anggaran Cukai Kena Dibayar (CP204) bagi Disember ini dilanjutkan sehingga 31 Januari depan, manakala bayaran ansuran siasatan, audit, pungutan, guaman sivil bagi Januari depan ditangguhkan sehingga Februari.