128 pelajar UIAM diarah kosong bangunan asrama
Iklan
GOMBAK - Seramai 128 pelajar lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini diarah mengosongkan asrama mereka selepas berlaku tanah runtuh dan mendapan jalan di kawasan bangunan tersebut.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi selepas menerima laporan pada jam 9 malam Ahad.