Indeks pelopor meningkat, ekonomi dijangka terus pulih
Iklan
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Indeks Pelopor (IP) tahunan meningkat 0.3 peratus untuk mencapai 109.5 mata pada Oktober 2021 selepas merekodkan 0.6 peratus pada September 2021, justeru ekonomi negara dijangka terus pulih dalam masa terdekat, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
IP merupakan alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.
Iklan
Iklan
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, import benar semikonduktor kekal sebagai penyumbang utama kepada peningkatan IP dengan permintaan positif terhadap litar bersepadu elektronik.
Sementara itu, kata beliau IP menguncup 0.9 peratus pada bulan rujukan berbanding bulan sebelumnya.
Iklan
"Penawaran wang benar, M1, diikuti oleh import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain serta bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan merupakan penyumbang utama kepada penurunan IP dengan setiap komponen tersebut merekodkan negatif 0.3 peratus,” katanya dalam kenyataan bagi mengulas Penunjuk Ekonomi Malaysia Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan, Oktober 2021 pada Jumaat.
Beliau menjelaskan, prestasi IP pada Oktober 2021 kekal positif dengan IP paling lancar terus berada di atas arah aliran jangka panjang dan bergerak ke atas.
Iklan
Mohd Uzir berkata, berdasarkan senario tersebut, prospek yang lebih meyakinkan dijangka dicatatkan dalam masa terdekat sekiranya aktiviti ekonomi yang beransur-ansur normal berlanjutan.
"Tambahan pula, pelonggaran progresif sekatan dalam mengurangkan kesan terhadap ekonomi, serta kebenaran semula perjalanan antara negeri membawa sentimen positif kepada ekonomi dalam mengembalikan momentum pertumbuhan,” katanya.
Beliau berkata, sepanjang Oktober 2021, ekonomi terus bertambah baik apabila lebih banyak negeri memasuki fasa seterusnya dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Selaras dengan itu, prestasi ekonomi semasa melalui Indeks Serentak (IS) menunjukkan momentum yang lebih baik dengan terus meningkat kepada 2.1 peratus pada Oktober 2021 (September 2021: 0.3 peratus) mencecah 113.3 mata berbanding 111.0 mata yang dicatatkan pada Oktober 2020, katanya.
Mohd Uzir berkata, tambahan pula, IS terus mencatatkan pertumbuhan positif bulan ke bulan sebanyak 0.8 peratus pada bulan rujukan.
Pertumbuhan ini disumbangkan secara signifikan oleh peningkatan dalam indeks kuantiti perdagangan runcit (0.4 peratus) dan jumlah guna tenaga di sektor pembuatan (0.3 peratus), katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>