Banjir: Mara beri kelonggaran bayaran balik pinjaman

Iklan
Mahdzir Khalid

SHAH ALAM - Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi kelonggaran untuk penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran kepada mereka yang terlibat dengan bencana banjir.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peminjam perniagaan turut diberi kelonggaran itu selain pengecualian bayaran sewaan premis perniagaan kepada peniaga yang terjejas.

Iklan
Iklan

"Bagi mereka yang menjadi mangsa banjir dan terkesan dengan bencana, mereka boleh memohon kelonggaran dengan menghubungi Pejabat Mara negeri atau daerah berhampiran.

"Insentif ini merupakan tanda keprihatinan Mara terhadap kepayahan dan kerugian yang ditanggung oleh penerima kemudahan yang terjejas akibat bencana ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Tambah beliau, buat masa ini, Mara juga tidak akan meneruskan sebarang tindakan penguatkuasaan ke atas peminjam kemudahan Mara yang terkesan dengan bencana banjir kali ini.

Kata beliau, bagi penyewa premis perniagaan Mara pula, pertimbangan pengecualian bayaran sewa adalah berdasarkan kerosakan dan kerugian yang ditanggung oleh penyewa.

Iklan

"Saya berharap insentif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban peminjam terutamanya usahawan dalam memulihkan kembali operasi dan aliran tunai syarikat.

"Kita juga amat bersimpati dengan musibah banjir yang melanda kali ini dan berharap agar semua mangsa yang terkesan dapat bersabar dengan ujian yang terpaksa dihadapi ini," ujarnya.

Menurut Mahdzir, mereka yang berkenaan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insentif bencana banjir ini melalui laman web https://www.mara.gov.my.