Tiada kematian sepanjang pencemaran
Iklan
Dr Sahruddin Jamal
PASIR GUDANG - Tiada kehilangan nyawa dilaporkan sepanjang insiden pencemaran bahan kimia di Taman Pasir Putih, di sini, sehingga kini.
Berikut adalah penegasan Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berhubung maklumat palsu yang mengatakan seorang pelajar Tingkatan Dua telah meninggal dunia kerana terjejas oleh bahan kimia itu.
Iklan
Iklan
"Kerja-kerja pemeriksaan dan rawatan kepada mangsa terjejas sedang dibuat. Jadi kita minta orang ramai bersabar dan tidak mudah membuat andaian sendiri.
"Buat masa ini, tiada kematian dilaporkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Iklan
Semalam, media melaporkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort di sini, kini kritikal akibat terhidu udara kotor dipercayai berpunca dari pencemaran terbabit.
Difahamkan, mangsa Affza Balqis Ahmad Sahrel, 14, masih tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI).
Iklan
Sementara itu, Sahruddin turut memberi peringatan kepada mana-mana pihak untuk tidak menyebarkan sebarang berita palsu yang tidak disahkan.
"Saya harap semua pihak dapat memberikan kerjasama untuk tidak sesuka hari menyebarkan berita palsu. Perkara ini hanya akan menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat.
"Segala maklumat terkini akan dimaklumkan oleh pihak berkaitan dan saluran media yang diperakui,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dua maut nahas tiga kenderaan: 'Ayah dalam perjalanan jemput ibu berniaga di festival makanan' - Anak"><meta itemprop="description" content="Dua maut nahas tiga kenderaan: 'Ayah dalam perjalanan jemput ibu berniaga di festival makanan' - Anak
Perjalanan pulang selepas menjemput isteri yang berniaga di festival makanan berakhir tragedi apabila seorang sarjan polis maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 52.5 Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), awal pagi Isnin.
Anak mangsa, Amirul Hakim Jorari, 30, berkata, bapanya, Jorari Jusoh, 58, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, dalam perjalanan pulang ke Senggarang, Batu Pahat selepas mengambil ibu tirinya, Yuli Helmiyati Mohd Salleh, 51, yang berniaga di food festival berhampiran Bandar Penawar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804851/edisi/johor/dua-maut-nahas-tiga-kenderaan-ayah-dalam-perjalanan-jemput-ibu-berniaga-di-festival-makanan---anak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #Kemalangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-16T08:40:41.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P118S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbx2ole"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbx2ole"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbx2ole"></script>