Lima bahan kimia dikenal pasti
Iklan
Yeo Bee Yin - Foto Asril Aswandi Shukor
PASIR GUDANG - Kementerian Tenaga Sains Teknologi, Inovasi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc) telah mengenal pasti lima kimia berbahaya yang diambil dari sampel air di Sungai Kim Kim, di sini.
Menterinya, Yeo Bee Yin berkata, antara kimia utama dikenal pasti adalah D- Limonene yang merupakan bahan digunakan dalam proses penguraian tayar kitar semula.
Iklan
Iklan
Menurutnya, empat bahan kimia lain adalah Benzene, Toulene, Xylene dan Ethylbenzene.
"Kesemua bahan ini merupakan pelarut organik dan D-Limonene ialah hasil dari proses"pyrolysis” (penguraian) tayar,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, hari ini.
Iklan
Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar turut memasang pengesan gas dengan ketinggian berbeza bagi memantau kualiti udara di altitud mengikut ketinggian tertentu.
"Kita telah memasang pengesan gas bagi mengenal pasti kandungan di udara pada altitud yang berbeza, makluman kepada orang ramai akan dilakukan daripada semasa ke semasa,” katanya.
Iklan
Bee Yin berkata, pihaknya bakal melakukan pemeriksaan terhadap 252 kilang memproses bahan kimia di sekitar Pasir Gudang bagi menyiasat setiap kilang selepas krisis.
"Kita akan menggerakkan seluruh kekuatan di peringkat nasional bagi memeriksa dan memantau semua kilang yang memproses bahan kimia bagi memastikan perkara seperti tudak berlaku lagi,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>