Pelajar Tingkatan Tiga trauma dibuli senior, perlu rawatan hospital

Iklan
Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Kluang menjadi mangsa buli pada 9 Disember lalu. (Gambar hiasan) - Foto 123RF

KLUANG - Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di daerah ini menjadi mangsa buli pada 9 Disember lalu hingga mengakibatkan remaja tersebut trauma dan perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian tersebut hanya dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada jam 6.18 petang Rabu.

Iklan
Iklan

"Dimaklumkan selepas kejadian itu mangsa dilaporkan mengalami kesakitan pada dada serta trauma dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila seorang pelajar senior tidak berpuas hati dengan sikap mangsa yang menyebabkan dia dibuli,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Pada Khamis, lima pelajar Tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di Muar, direman hingga Sabtu bagi membantu siasatan kes buli terhadap pelajar berusia 14 tahun di sekolah sama.

Kelima-lima suspek didakwa membuli seorang pelajar junior sehingga mengakibatkan pelajar itu cedera pada rusuk kiri.

Iklan

Abdul Razak berkata, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang kini sedang mengesan suspek terlibat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima pelajar direman bantu siasatan kes buli

Lima remaja lelaki ditahan, disyaki terlibat buli pelajar