KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan tiga resolusi berkaitan baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII), Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) dan Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB) ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Covid-19.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, ketiga-tiga resolusi berkenaan diluluskan tanpa perbahasan.