Dilema pengeluaran terakhir simpanan KWSP

Iklan
Walaupun sektor ekonomi telah dibuka lebih luas ketika ini, terdapat beberapa alasan yang dikemukakan agar kerajaan membenarkan pengeluaran buat kali terakhir. - Gambar hiasan

DESAKAN agar kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat kali terakhir terus dibuat oleh pihak tertentu termasuklah pemimpin politik, antaranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Desakan itu dibuat susulan pembayaran terakhir bagi kemudahan pengeluaran simpanan di bawah i-Citra pada awal Disember. Walaupun sektor ekonomi telah dibuka lebih luas ketika ini, terdapat beberapa alasan yang dikemukakan agar kerajaan membenarkan pengeluaran buat kali terakhir.

Iklan
Iklan

Antaranya, ada dalam kalangan rakyat ketika ini mempunyai tunggakan pinjaman bank yang perlu diselesaikan. Tidak kurang juga yang hilang pekerjaan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan baru memulakan kerja serta memerlukan sumber kewangan. Ada juga yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan selepas kehilangan pekerjaan.

Sehingga 31 Oktober lalu, kerajaan telah membenarkan pengeluaran KWSP menerusi tiga kemudahan iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101.1 bilion.

Iklan

Namun, Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani pada Selasa meminta kerajaan untuk tidak membenarkan lagi pengeluaran kemudahan i-Citra.

Menurutnya, pengeluaran kemudahan itu akan menyebabkan ahli terpaksa bekerja lebih lama demi menggantikan caruman tersebut kerana hampir separuh ahli mereka mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.

Iklan

Pada 24 November lalu, Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir telah menyatakan kegusaran pihaknya mengenai risiko majoriti ahlinya berkemungkinan menjalani hari tua dalam kemiskinan kerana pengeluaran simpanan.

Ini kerana, sebanyak 48 peratus ahli KWSP di bawah 55 tahun mempunyai simpanan tahap kritikal dam peningkatan 28 peratus ahli yang mempunyai simpanan amat kritikal berbanding sebelum pandemik.

Justeru, dalam situasi semasa, kerajaan perlu membuat penelitian sebelum memberikan kebenaran pengeluaran simpanan seperti meletakkan syarat berdasarkan jumlah simpanan semasa agar tidak beri kesan besar kepada ahli KWSP.