Cikgu, tolonglah bertimbang rasa sama

Iklan
Pemilihan pengawas sekolah wajar dibuat sebelum sesi baharu persekolahan bermula bagi memudahkan persiapan ibu bapa. Gambar hiasan

ISNIN depan, semasa perhimpunan mingguan, akan diadakan pelantikan pengawas sekolah.

Justeru, pelajar yang dilantik perlu memakai blazer, baju dan seluar biru baharu untuk majlis lantikan tersebut agar kelihatan seragam.

Iklan
Iklan

Segak berpakaian kemas dan serba baharu, baik pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan, semuanya sama.

Jika boleh, mereka mahukan set pakaian baharu dibeli selaras dengan amanah dan tugasan yang bakal dipikul.

Iklan

Namun, Merak Jalanan terkejut dengan sikap sesetengah sekolah apabila menurut apa yang diceritakan, pengurusan sekolah sering memberikan notis yang terlalu singkat kepada ibu bapa untuk membuat persediaan kepada anak-anak.

Sepatutnya pihak sekolah memaklumkan pemilihan tersebut sebelum sesi baharu persekolahan bermula, bukannya sesi sudah berjalan barulah lantikan dibuat.

Iklan

Ini kerana persiapan persekolahan biasanya telah dibuat lebih awal.

Malah, ada ibu bapa yang merancang perbelanjaan dan membeli kelengkapan sebelum cuti sekolah bermula lagi bagi mengelakkan waktu puncak.

Merak Jalanan yakin dan percaya, sekiranya perkara sama berlaku kepada batang hidung sendiri, barulah cikgu- cikgu akan merasai betapa peritnya terpaksa berhadapan situasi seperti ini.

Janganlah dicipta alasan kononnya tidak sempat membuat lantikan awal kerana pelbagai aktiviti lain sedang berjalan atau alasan terikat dengan peraturan kementerian.

Sebaliknya, cubalah rancang yang terbaik untuk anak murid kerana ini merupakan amanah yang dipikul dan dibayar oleh kerajaan.

Mungkin tahun ini sudah terlepas, tidak mengapa, tetapi bolehlah rancang lebih awal untuk tahun hadapan.

Ingat, cikgu, bertimbang rasalah demi anak bangsa kita.