‘Tidak semua rakyat bersedia kembali bayar komitmen pinjaman’
Iklan
Ahmad Zahid Hamidi
SHAH ALAM – Tidak semua rakyat telah bersedia untuk kembali membayar komitmen mereka susulan moratorium bayaran balik pinjaman dan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui skim i-Citra bakal berakhir bulan ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ramai berharap agar Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memenuhi permintaan rakyat supaya menyambung skim i-Citra.
Iklan
Iklan
"Masih ada belum mendapat pekerjaan yang stabil, yang berniaga juga belum memperoleh keuntungan dan sebagainya.
"Kesan pandemik Covid-19 dan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) suam-suam kuku ternyata memberi implikasi ekonomi yang sangat teruk,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.
Iklan
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menambah, pandemik Covid-19 ini bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi negara tetapi ia turut melibatkan ekonomi rakyat.
"Pasti mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. Jika kerajaan baharu sedang berusaha memulihkan kewangannya, begitu juga rakyat kebanyakan.
Iklan
"Jika ada istilah ‘long covid’ dalam aspek kesihatan, ini pula boleh dianggap sebagai ‘long covid’ dalam aspek ekonomi,” katanya.
Disebabkan itu, beliau berkata, pencarum yang mempunyai simpanan mencukupi wajar dibenarkan untuk mengeluarkan wang mereka sekali lagi.
"Sekurang-kurangnya mereka dapat bertahan sedikit masa lagi dengan harapan keadaan akan bertambah baik selepas itu,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>