Mayat bayi perempuan dalam tong sampah

Iklan
Mayat bayi perempuan ditemui dalam tong sampah berhampiran tempat letak kenderaan bertingkat di flat Bandar Tun Razak di sini pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Mayat seorang bayi perempuan masih bertali pusat ditemui oleh pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tong sampah berhampiran tempat letak kenderaan bertingkat di flat Bandar Tun Razak di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam yang menjumpai mayat bayi berkenaan pada jam 5.50 petang.

Iklan
Iklan

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat bayi berkenaan.

"Mayat bayi malang ini kemudian dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Muhammad Idzam berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan tiada tangkapan dilakukan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes pembuangan bayi ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881 atau hotline Polis KL di talian 03-21460584 atau datang ke balai polis berhampiran.

Iklan