Lelaki berlagak marshal dirakam percakapan

Iklan
Tangkap layar tindakan lelaki berlagak marshal menahan kereta untuk memberi laluan kepada konvoi kereta di lampu isyarat, Sitiawan. Foto: ihsan pembaca

LUMUT - Polis merakam percakapan seorang lelaki yang berlagak seperti marshal dengan mengarahkan kenderaan lain berhenti untuk memberi laluan kepada konvoi kereta di lampu isyarat pekan Sitiawan di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Bhoo Kim berkata, siasatan dilakukan selepas laporan dibuat oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung.

Iklan
Iklan

"Laporan dibuat berpandukan Facebook pemilik akaun dengan tajuk 'seperti polis mengarahkan kenderaan lain ke tepi dan berhenti untuk memberi laluan kepada konvoi mereka'.

"Rakaman tersebut menunjukkan aksi marshal yang menggunakan kereta membuat tindakan mengarahkan lain- lain kenderaan ke tepi dan berhenti di lampu isyarat bagi memberi laluan kepada konvoi kereta yang datang dari arah Seri Manjung menghala ke Sitiawan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, lelaki berusia 29 tahun itu dipanggil untuk dirakam percakapan dan hasil ujian saringan air kencing didapati negatif dadah.

Beliau berkata, sebuah kereta jenis Proton Wira dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu galangan disebabkan kenderaan di jalan.

Iklan