KPM akan perkenal konsep Sekolahku Sejahtera

Iklan
Mohd Radzi

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan konsep Sekolahku Sejahtera yang kini berada di peringkat akhir dalam sesi libat urus berkaitan perkara itu.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, konsep Sekolahku Sejahtera mempunyai 14 elemen yang memerlukan guru menerapkan nilai murni secara semula jadi.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, elemen berkenaan juga diharap dapat mencegah kejadian kejadian buli di sekolah.

"Buli berlaku apabila ramai anak-anak kita yang tidak bertindak secara rasional. Masing-masing mengambil tindakan kerana merasakan mereka berada dalam kelompok ramai dan boleh membuli sahabat-sahabat lain.

Iklan

"Oleh itu, KPM akan memperkenalkan konsep Sekolahku Sejahtera,” katanya semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) 2022 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Mohd Radzi menambah, konsep Sekolahku Sejahtera ini tidak melibatkan pewujudan mata pelajaran baharu.

Iklan

"Sebagai contoh apa yang saya sebut tadi bahawa rasional anak-anak kita tidak didedahkan di peringkat awal mengenai keperluan membuat keputusan dengan rasional.

"Jika mereka memikirkan secara rasional dan tahu tindakan itu tidak betul akan memberi kesan besar kepada diri, keluarga dan masa depan mereka,” katanya.