Institusi pendidikan minta maaf pelajar bersolat di luar bangunan

Iklan
Sekumpulan pelajar bersolat secara berjemaah di luar bangunan Oldham Academy North, bandar Oldham baru-baru ini. - Foto Facebook/ 5Pillars

LONDON - Sebuah institusi pendidikan meminta maaf selepas sekumpulan pelajar Muslim bersolat di luar bangunan dalam cuaca sejuk di bandar Oldham, England baru-baru ini.

Permohonan maaf itu dibuat selepas satu rakaman video menunjukkan mereka bersolat di luar bangunan institusi pendidikan tersebut disiarkan di laman sosial.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian itu, mereka bertindak sedemikian selepas seorang guru tidak membenarkan para pelajar tersebut bersolat di dalam kelas.

Seorang kakitangan institusi pendidikan itu hanya memerhatikan lapan pelajar lelaki yang memakai pakaian sekolah bersolat secara berjemaah.

Iklan

Pelajar berkenaan dilaporkan mendakwa seorang guru memberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan bersolat dalam kelas.

Namun, pusat pendidikan itu, Oldham Academy North menjelaskan bahawa sebanyak 15 buah kelas ditutup kerana mengalami kerosakan akibat banjir.

Iklan

Ini menyebabkan mereka tidak dibenarkan bersolat di dalam kelas.

Bagaimanapun, institusi tersebut turut mengesahkan satu siasatan dilancarkan berhubung kejadian itu. - Agensi