Kesal tindakan terburu-buru buka sekolah

Iklan
Noraslina Zainal Abidin

KLUANG – Tindakan terburu-buru Kementerian Pendidikan mengarahkan pembukaan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, Pasir Gudang yang ditutup akibat pencemaran gas baru-baru ini amat dikesali.

Pengerusi Sekretariat Pendidikan dan Pengajian Tinggi Wanita UMNO Malaysia, Datuk Noraslina Zainal Abidin berkata, pihaknya difahamkan seramai 40 orang pelajar SMK Pasir Putih dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas terkesan dengan pencemaran itu.

Iklan
Iklan

Katanya, pihaknya merasa amat dukacita dan terguris hati apabila melihat gambar pelajar diusung dan dibawa dengan ambulans untuk ke hospital selepas hanya beberapa jam memulakan sesi persekolahan.

"Seperti yang saya perkatakan semalam, pihak Kementerian Pendidikan perlu turun padang untuk memahami situasi yang berlaku di dua sekolah berkenaan sebelum membenarkan dua sekolah ini beroperasi semula.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah tutup hingga betul-betul selamat: MB Johor

"Malah, untuk memulakan sesi persekolahan semalam juga dikhuatiri tidak mendapat sebarang pengesahan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) sama ada keadaan di sekolah itu benar-benar selamat atau sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sembrong berkata, selain JAS, kementerian juga perlu mendapatkan jaminan daripada bomba bahawa kedua-dua sekolah itu benar-benar selamat sebelum arahan membukanya semula dikeluarkan.

Katanya, tindakan terburu-buru itu juga bukan sahaja memberi kesan buruk terhadap keseluruhan warga sekolah tersebut, namun turut menjejaskan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan.

"Ini adalah bencana yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak seperti Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Kesatuan Guru termasuk alumni sekolah bagi memastikan pihak kementerian mengambil langkah yang sewajarnya.

"Kami amat berterima kasih kepada pihak bomba dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) yang bertindak segera mengarahkan penutupan semula dua sekolah ini sebelum keadaan lebih teruk berlaku,” katanya.