Lebih 150,000 kanak-kanak di Nigeria dijangkiti HIV

Iklan
Lebih 150,000 kanak-kanak di Nigeria dijangkiti HIV.(Gambar hiasan). - Foto 123rf

ABUJA - Lebih 150,000 kanak-kanak di Nigeria dijangkiti HIV, lapor Agensi Anadolu.

Ketua Agensi Kawalan AIDS (NACA) Nigeria, Gambo Aliyu berkata pada Khamis negara itu telah mencapai kemajuan ketara dalam memerangi HIV/AIDS, sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, katanya hanya 80,000 kanak-kanak daripada 150,000 menerima rawatan berkala.

Hampir 1.8 juta orang di negara ini dijangkiti HIV, dengan 90 peratus daripadanya tidak menyedari mereka dijangkiti manakala 96 peratus lagi sedang menerima rawatan.

Iklan

Aliyu berkata, NACA akan meneruskan kempen memerangi HIV/AIDS dan menyeru masyarakat untuk menjalani ujian saringan bagi mengesan virus itu. -Bernama

Iklan