Letak jawatan beberapa jam selepas jadi PM

Iklan
Magdalena Andersson - Foto AFP

STOCKHOLM - Perdana Menteri wanita pertama Sweden, Magdalena Andersson bertindak meletakkan jawatan pada Rabu beberapa jam selepas beliau dipilih memegang jawatan itu bagi menggantikan Stefan Lofven yang turut berbuat demikian sebelum ini.

Andersson, 54, meletakkan jawatan selepas bajetnya gagal diluluskan Parlimen manakala sebuah parti politik, Parti Hijau keluar daripada kerajaan perikatan yang membentuk kerajaannya.

Iklan
Iklan

Ahli ekonomi dan pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama tujuh tahun itu menyatakan harapannya untuk dipilih sekali lagi oleh Parlimen bagi memegang jawatan Perdana Menteri sebagai ketua sebuah kerajaan minoriti.

Beliau menjadi Perdana Menteri selepas Lofven meletakkan jawatan itu pada 10 November lalu bagi memberikan penggantinya peluang untuk melakukan persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum pada September tahun depan.

Iklan

Speaker Parlimen, Andreas Norlen berkata, beliau menerima peletakan jawatan Andersson.

Andersson daripada parti Sosial Demokratik menjadi Perdana Menteri pada Rabu selepas memperoleh 117 undi, 174 undi menentang dan 75 undi berkecuali serta seorang ahli Parlimen tidak hadir dalam undian yang diadakan pada Rabu.

Iklan

Di bawah undang-undang Sweden, seseorang Perdana Menteri tidak perlu mendapat sokongan majoriti di Parlimen. - Agensi