PRN Sarawak: GPS kekalkan lima penyandang kerusi DUN di Miri
Iklan
MIRI - Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak iaitu bagi kawasan Bekenu, Lambir, Piasau, Senadin dan Marudi akan mempertahan kerusi masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 18 Disember ini.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang mengesahkan perkara itu, berkata kelima-lima penyandang kerusi terbabit telah bekerja kuat sewaktu berkhidmat di kawasan masing-masing.