PDRM rekod 11 kes pengantunan kanak-kanak

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 11 kes pengantunan kanak-kanak dari 2018 hingga Jun 2021, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Justeru, beliau memaklumkan kementeriannya mengadakan pelbagai inisiatif bagi membendung jenayah itu termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta badan bukan kerajaan.

Iklan
Iklan

"Kita juga mencadangkan perlunya perundangan dan hukuman lebih berat terutama berkaitan eksploitasi kanak-kanak dan kita rancang laksanakan tindakan pencegahan lebih pantas melalui platform dan talian untuk mengekang aplikasi di laman sesawang berunsur jenayah dan eksploitasi kanak-kanak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) mengenai kesediaan kementerian untuk menyegerakan pindaan undang-undang sedia ada dengan menjadikan pengantunan kanak-kanak sebagai satu jenayah di Malaysia bagi mengelakkan kanak-kanak dan remaja di bawah umur menjadi mangsa. - Bernama

Iklan
Iklan