PRN Sarawak: Tambang mahal halangan pengundi
Iklan
Harga tiket penerbangan yang terlalu mahal menjadi halangan terbesar untuk anak rantau Sarawak pulang mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember depan.
SHAH ALAM- Harga tiket penerbangan yang terlalu mahal menjadi halangan terbesar untuk anak rantau Sarawak pulang mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember depan.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, berdasarkan semakan yang dibuat, harga tiket penerbangan dua hala dari Kuala Lumpur ke Kuching atau Miri adalah dari RM1,100 sehingga RM3,300.
Iklan
Iklan
Malah, banyak aduan dan pertanyaan daripada anak kelahiran Sarawak yang kini bekerja di Semenanjung Malaysia berkenaan harga tiket penerbangan yang terlalu mahal untuk mereka pulang mengundi.
"AMK Sarawak telah melakukan semakan secara rambang di laman web syarikat-syarikat penerbangan untuk tengah hari sebelum dan selepas hari tarikh mengundi.
Iklan
"Berdasarkan carian rambang tersebut, kami amat terkejut apabila mendapati harga tiket penerbangan dua hala dari Kuala Lumpur ke Kuching dan Miri adalah dari RM1,100 sehingga RM3,300. Nilai tambang yang dipaparkan untuk perjalanan ini adalah tidak munasabah dan sebenarnya lebih kurang dengan harga tiket ke negara-negara asing,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan Ketua AMK Sarawak, Saifunnizam Sam dan Timbalan Ketua AMK Sarawak, Chiew Choon Man.
Iklan
Tambahnya, berdasarkan anggaran kajian, sekitar 250,000 anak Sarawak yang layak mengundi berada di Semenanjung ketika ini.
"Kegagalan kerajaan Sarawak dan Persekutuan untuk memastikan pembangunan yang seimbang antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia telah menyebabkan ramai anak-anak Sarawak terpaksa meninggalkan kampung kesayangan mereka untuk mencari nafkah ataupun meneruskan pendidikan di Semenanjung Malaysia.
"Hak mengundi merupakan hak perlembagaan dan hak asasi setiap rakyat negeri Sarawak. Namun, anak-anak Sarawak kini pula seolah-olah dihukum dan dihalang daripada menunaikan hak mereka sebagai anak Sarawak untuk mengundi akibat harga tiket penerbangan yang terlampau mahal,” jelas kenyataan itu.
Justeru, AMK Sarawak menuntut kerajaan Persekutuan dan Sarawak agar berbincang dengan syarikat penerbangan berkenaan isu ini.
"Tindakan segera haruslah diambil untuk menurunkan harga tiket penerbangan bagi membolehkan anak-anak Sarawak di perantauan kembali ke negeri tercinta untuk melaksanakan hak-hak mereka dalam menentu masa depan Sarawak,” ujarnya.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.