PRN Sarawak: 12 hari tempoh kempen, segerakan dos penggalak
Iklan
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Tempoh berkempen yang ditetapkan selama 12 hari bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 disifatkan sebagai agak lama khususnya ketika negara masih lagi dibelenggu krisis kesihatan.
Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam UNIMAS, Prof Madya Dr Helmy Azmi, tempoh tersebut akan melibatkan pergerakan dan mobilisasi ke kawasan pedalaman sekali gus menjadi risiko penularan pandemik Covid-19.
Iklan
Iklan
"Tempoh 12 hari berkempen itu agak lama, kerana tempoh berkempen itu adalah satu tempoh pergerakan dan mobilisasi masyarakat dari bandar ke luar bandar untuk berkempen.
"Risiko agak tinggi apatah lagi selepas hari pengundian adalah perayaan Krismas (iaitu) satu sambutan yang besar kebiasaannya di Sarawak.
Iklan
"Pastinya dengan pergerakan agak ramai itu memerlukan garis panduan yang perlu diperketatkan selain polisi yang akan diumumkan termasukan kawalan kendiri yang perlu diamalkan,” kata Dr Helmy dalam segmen khas Sarawak Memilih siaran Astro AWANI pada Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: PRN Sarawak 18 Disember: SPR
Dalam masa, Dr Helmy turut menggesa agar mereka yang layak menerima suntikan penggalak atau booster dose untuk mendapatkannya segera sebelum hari pengundian sebagai langkah awal perlindungan rakyat Sarawak.
Iklan
"Tempoh ini adalah penting untuk meningkatkan lagi pengetahuan am berkenaan Covid-19 di kawasan penduduk terutamanya di pedalaman.
"Pada masa sama, bagi mereka yang belum dapat booster dose, sila cepat dapatkan, ketika ini hanya 64 peratus yang sudah lengkapkan booster dose jadi kita harap usaha itu perlu ditingkatkan kepada lebih kurang 80 hingga 90 peratus.
"Ia sebagai satu lapisan perlindungan kerana semua sedia maklum, keberkesanan primary dose menurun sedikit selepas tiga hingga enam bulan,” jelasnya.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak.
Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember manakala 14 Disember merupakan hari pengundian awal. - Awani
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>