SEREMBAN - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengagihkan sebanyak RM81.8 juta dana zakat kepada asnaf termasuk fakir, miskin dan mualaf di Negeri Sembilan sejak Januari hingga Oktober lepas.
Pengerusinya, Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir berkata, selain dana zakat, MAINS juga turut menyalurkan bantuan hemodialisis serta pendidikan membabitkan peralatan komputer riba dan tablet kepada golongan berkenaan.