Sekolah belum bebas pencemaran kimia

Iklan
Screenshot mesej daripada sumber.

JOHOR BAHRU - Selepas beberapa jam sekolah kembali beroperasi selepas disyorkan untuk ditutup beberapa hari akibat kejadian pencemaran sisa bahan kimia, dimaklumkan terdapat guru dan pelajar berdepan masalah kesihatan.

Menurut sumber, terdapat guru dan pelajar pulang kerana berasa tidak selesa dengan tahap kualiti udara semasa, selain mempunyai simptom pening dan rasa loya walaupun hadir ke sekolah dalam keadaan yang sihat.

Iklan
Iklan

"Sekolah masih belum bebas kimia. Sekolah dibuka, tetapi ramai pelajar balik kerana berasa tidak selesa.

"Awal pagi datang (ke sekolah) sihat. Ada pelajar yang balik kerana pening dan rasa loya," katanya dalam pesanan menerusi Aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Sumber tersebut turut memaklumkan terdapat murid sekolah rendah yang muntah-muntah dipercayai daripada pencemaran udara tersebut.

Semalam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengesahkan status keselamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih selamat untuk proses pembelajaran.

Iklan

EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan turut mengadakan tinjauan di dua sekolah terbabit, yang mula beroperasi semula pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN Dua sekolah terjejas diarah tutup hingga Ahad